Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penjelasan kepada semua pengerusi JKKK yang terdapat di Bongawan mengenai GDW 3.0. Encik Ag Isa selaku Pegawai KEMAS memberi penerangan kepada semua JKKK. Selain itu, Pengerusi JKKK Kampung Biau iaitu Haji Mustapha Bin Segap turut memberi penerangan mengenai profil kampung yang perlu disediakan oleh setiap JKKK sebagai persediaan untuk menyertai ADS1M pada tahun 2016.
Encik Wasli juga turut terlibat dalam memberi penerangan mengenai cara-cara untuk menghasilkan video korporat kepada semua JKKK.