Thursday, 11 June 2015
SEJARAH RINGKAS KEWUJUDAN KAMPUNG BIAU
SEJARAH RINGKAS KEWUJUDAN KAMPUNG BIAU
Kampung Biau pada asalnya
adalah merupakan sebuah perkampungan
yang kecil di mana ianya hanya didiami oleh beberapa keluarga sahaja.
Perkampungan ini wujud
lebih kurang lima puluh lima tahun dan
pada masa itu rata-rata penduduknya bekerja sebagai nelayan
tradisional. Adalah dipercayai nama asal “Kg Biau” ini bersempena dengan terdapatnya takungan air atau
tasik-tasik yang kecil dan juga hutan paya bakau yang mana takungan air
dan tasik-tasik kecil ini dahulunya dipanggil sebagai ‘Biau’. Kg Biau juga merupakan satu kawasan yang amat sesuai untuk beriadah kerana
disinilah letaknya Pantai Kenangan yang menghadap Laut Cina Selatan yang
amat luas dan berlatarbelakangkan Pulau Tiga.
Pantai Kenangan ini juga telah
mencipta satu kenangan yang tidak mungkin luput dari ingatan terutamanya
generasi terdahulu dan juga seorang juruterbang berbangsa Inggeris yang berasal
dari Australia di mana beliau telah mendaratkan kapal terbangnya yang kehabisan
minyak. Kapal terbang tersebut telah terkubur di Pantai Kenangan ini dan tidak
dapat dikesan sehingga kini.
Kini Kg Biau sudah berubah
wajah, dahulunya sebuah perkampungan yang tidak mempunyai sebarang kemudahan
asas, mundur dan jauh ketinggalan terutamanya dari segi sosial, pendidikan dan
ekonomi.
Dari segi kemudahan asas Kg
Biau tidak juga ketinggalan dari kampung-kanmpung yang lain di kawasan N23 Bongawan malah merupakan salah satu kampung
yang termaju dan mempunyai kemudahan asas yang mencukupi.
Dahulunya, rata-rata penduduk
Kg Biau buta huruf. Kini, 90 peratus penduduknya telah boleh membaca, menulis
dan mengira. Tahap pendidikan juga kini amat membanggakan kerana persaingan
dalam mencapai pendidikan yang tinggi
begitu ketara di kalangan pelajar dan anak muda di kawasan ini. Pemegang ijazah
dan diploma juga semakin ramai.
Tahap pendidikan yang baik
telah menjana ekonomi yang baik juga di kawasan ini. Kadar kemiskinan yang
dialami pada masa dahulu di kawasan ini telah beransur-ansur terhapus.
Kebanyakan penduduknya kini telah beralih arah untuk mencari sumber pendapatan
di mana dahulu rata-rata bekerja sebagai
nelayan tradisional seolah-olah diwariskan kepada generasi berikutnya,
tetapi kini penduduk di kawasan ini telah pun ada yang memegang jawatan
tertinggi di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta swasta.
Perkembangan ekonomi ini juga
dapat dilihat dari segi pendapatan berkapita bagi seorang penduduk iaitu
kira-kira RM2,400.00 setahun. Kadar pemilikan kenderaan bermotor seperti
motosikal dan kereta adalah sebuah bagi setiap rumah. Dari segi sosial penduduk
di kawasan ini amat peka terhadap perhubungan kejiranan. Ini terbukti apabila
ada majlis keramaian kenduri kendara dan
juga majlis duka seperti kematian dan sebagainya. Setiap penduduknya akan ingin
tahu dan seterusnya berziarah.
PROGRAM SEPAKAT KEJIRANAN 2015
Hasil kerjasama di antara Jawatankuasa Rukun Tetangga BIPISI, Komuniti 1 Malaysia, Pi1M Kampung Biau dan juga Gerakan Daya Wawasan (GDW) BIPISI, maka terlaksanalah sebuah program yang dinamakan sebagai “ Program Sepakat Kejiranan 2015”.
Program ini telah berlangsung pada 17 Mei 2015 bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang. Program ini dimulakan dengan acara Roundes persahabatan yang dikelolakan oleh Pi1M. Pertandingan melibatkan dua kumpulan iaitu AJK Pi1M yang turut melibatkan kedua-dua staf Pi1M Kg Biau mengambil bahagian dan juga kumpulan wakil ibu-ibu. Perlawanan ini telah dimenangi oleh Kumpulan AJK Pi1M.
Seterusnya, program ini diteruskan dengan acara bermain gasing(berpusing) kategori wanita terbuka dan juga gasing berpusing dan memalu bagi kategori kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga pertandingan gasing untuk dewasa lelaki juga bagi gasing berpusing dan memalu.
Pi1M Kampung Biau turut menganjurkan 2 lagi pertandingan iaitu musang berjanggut yang dikhaskan penyertaan untuk ibu-ibu sahaja dan melukis potret ibu atau isteri tersayang yang terbuka kepada bapa dan remaja.
Gerakan Daya Wawasan dipertanggungjawabkan untuk mengelola acara sukaneka basikal lambat bagi lelaki dewasa dan kanak-kanak manakala larian 100m untuk wanita yang berumur 35 tahun ke atas. Pertandingan mereka wau turut dianjurkan oleh KRT BIPISI dan Komuniti 1 Malaysia. Wau yang telah siap dipamerkan untuk penilaian oleh pengadil yang telah dilantik.
Pihak Celcom turut mengambil kesempatan membuka booth jualan untuk mempromosikan pakej-pakej terbaru yang ditawarkan oleh Celcom. Penduduk kampung juga ada yang membuka gerai jualan makanan dan minuman untuk menambahkan pendapatan di hujung minggu.
Semua acara sukaneka di padang berakhir pada jam 12.30 tengahari. Pada sebelah petang, acara penyampaian hadiah diadakan di Dewan Kampung Biau sementara menunggu ketibaan YB Mohamad Bin Alamin untuk merasmikan program ini. Apabila YB telah tiba, ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Pelaksana program iaitu Encik Wasli Bin Ismail bermula diikuti dengan ucapan dan perasmian oleh YB. Majlis turut menyaksikan perasmian Blok Tanjung Piai sebagai simbolik perasmian Gerakan Daya Wawasan(GDW) BIPISI
Di akhir program, YB Mohamad Bin Alamin sempat meluangkan masa bermain gasing bersama tetamu VIP, barisan pemimpin komuniti dan juga penduduk kampung. Secara keseluruhannya, Program Sepakat Kejiran 2015 berjaya mencapai matlamat penganjurannya untuk memupuk semangat kejiranan dan bersatu padu di kalangan komuniti Kampung Biau Bongawan serta pemimpin tertinggi masyarakat.
Program Muafakat Sekampung Anjuran GDW BIPISI
Program Muafakat Sekampung Anjuran GDW BIPISI
Pada 2 Mei 2015 satu program Muafakat Sekampung anjuran GDW BIPISI dan juga JKKK BIPISI telah diadakan di Padang Kampung Biau. Program ini dimulakan sekitar jam 9.00 pagi.
Walaupun tanpa peruntukan yang besar, program ini tetap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti sekitar. Pelbagai aktiviti dijalankan pada program seperti pertandingan gasing yang dibahagikan kepada tiga kategori, pertandingan lumba lari 4x100m campuran yang disertai oleh staff Pi1M Kampung Biau, tiup belon untuk kanak-kanak dan juga pertandingan bunga hidup tercantik.
Pengerusi JKKK, Encik Mustapha Segap telah melantik dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada staff Pi1M Kampung Biau untuk menjadi pengadil bagi pertandingan Bunga tercantik.
Selain pertandingan di atas, penganjur turut mengadakan tekaan kacang dan jualan tiket bertuah bagi acara kemuncak di Pantai Kenangan pada 3 Mei 2015 sebelah malam.
|
Program Keceriaan Hari Keluarga KRT BIPISI Bersama warga Blok Tanjung Piai
Program Sukaneka Blok Tanjung Piai
Program Keceriaan Hari Keluarga KRT BIPISI Bersama warga Blok Tanjung Piai
Subscribe to:
Posts (Atom)




















