Thursday, 11 June 2015

PROGRAM SEPAKAT KEJIRANAN 2015


Hasil kerjasama di antara Jawatankuasa Rukun Tetangga BIPISI, Komuniti 1 Malaysia, Pi1M Kampung Biau dan juga Gerakan Daya Wawasan (GDW) BIPISI, maka terlaksanalah sebuah program yang dinamakan sebagai “ Program Sepakat Kejiranan 2015”.
Program ini telah berlangsung pada 17 Mei 2015 bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang. Program ini dimulakan dengan acara Roundes persahabatan yang dikelolakan oleh Pi1M. Pertandingan melibatkan dua kumpulan iaitu AJK Pi1M yang turut melibatkan kedua-dua staf Pi1M Kg Biau mengambil bahagian dan juga kumpulan wakil ibu-ibu. Perlawanan ini telah dimenangi oleh Kumpulan AJK Pi1M.
Seterusnya, program ini diteruskan dengan acara bermain gasing(berpusing) kategori wanita terbuka dan juga gasing berpusing dan memalu bagi kategori kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga pertandingan gasing untuk dewasa lelaki juga bagi gasing berpusing dan memalu.
Pi1M Kampung Biau turut menganjurkan 2 lagi pertandingan iaitu musang berjanggut yang dikhaskan penyertaan untuk ibu-ibu sahaja dan melukis potret ibu atau isteri tersayang yang terbuka kepada bapa dan remaja.
Gerakan Daya Wawasan dipertanggungjawabkan untuk mengelola acara sukaneka basikal lambat bagi lelaki dewasa dan kanak-kanak manakala larian 100m untuk wanita yang berumur 35 tahun ke atas. Pertandingan mereka wau turut dianjurkan oleh KRT BIPISI dan Komuniti 1 Malaysia. Wau yang telah siap dipamerkan untuk penilaian oleh pengadil yang telah dilantik.
Pihak Celcom turut mengambil kesempatan membuka booth jualan untuk mempromosikan pakej-pakej terbaru yang ditawarkan oleh Celcom. Penduduk kampung juga ada yang membuka gerai jualan makanan dan minuman untuk menambahkan pendapatan di hujung minggu.
Semua acara sukaneka di padang berakhir pada jam 12.30 tengahari. Pada sebelah petang, acara penyampaian hadiah diadakan di Dewan Kampung Biau sementara menunggu ketibaan YB Mohamad Bin Alamin untuk merasmikan program ini. Apabila YB telah tiba, ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Pelaksana program iaitu Encik Wasli Bin Ismail bermula diikuti dengan ucapan dan perasmian oleh YB. Majlis turut menyaksikan perasmian Blok Tanjung Piai sebagai simbolik perasmian Gerakan Daya Wawasan(GDW) BIPISI
Di akhir program, YB Mohamad Bin Alamin sempat meluangkan masa bermain gasing bersama tetamu VIP, barisan pemimpin komuniti dan juga penduduk kampung. Secara keseluruhannya, Program Sepakat Kejiran 2015 berjaya mencapai matlamat penganjurannya untuk memupuk semangat kejiranan dan bersatu padu di kalangan komuniti Kampung Biau Bongawan serta pemimpin tertinggi masyarakat.






No comments:

Post a Comment