Program gotong royong perdana membersihkan laluan ke Pantai Kenangan dan kawasan sekitarnya. Program ini melibatkan penduduk Kampung Biau dan Kampung Silat.
Tuesday, 20 October 2015
Tuesday, 13 October 2015
Hari Sukan Negara 10.10.2015
Senam robik di Pantai Kenangan Bongawan sempena Hari Sukan Negara 2015 pada 10.10.2015.
'FUN RIDE' kayuhan basikal dari Membakut ke Pantai Kenangan Bongawan turut diadakan serentak pada hari tersebut.
Selain itu, pertandingan bola sepak wanita dan futsal untuk remaja turut diadakan pada hari yang sama. Pertandingan bola sepak wanita diadakan di padang bola Kampung Biau dan melibatkan 3 pasukan manakala pertandingan futsal telah dijalankan di gelanggang futsal Kampung Pikat.

Penilaian ADS1M 2015 Peringkat Negeri Sabah
Rentetan daripada menjuarai Penilaian Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia(ADS1M) Peringkat Daerah Papar pada 15 Jun 2015, GDW Kg.Biau Bongawan telah terpilih sebagai salah satu kampung yang tersenarai untuk bertanding dalam Sesi Penilaian Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia Peringkat Negeri. Sebanyak 21 kampung yang terdapat di seluruh Negeri Sabah telah tersenarai dalam sesi penilaian ini.
Pada 09.10.2015 bersamaan hariJumaat, Penilaian Anugerah Desa Sejahtera telah diadakan di Dewan Serbaguna Kg.Biau Bongawan bermula pada jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang yang mana Sesi Penilaian ini telah berakhir di Pantai Kenangan Bongawan. Sebanyak 7 Aspek dinilai antaranya:
- Aspek Kepimpinan & Pentadbiran
- Aspek Latihan & Pendidikan
- Aspek keusahawanan & Ekonomi
- Aspek Kerohanian & Kemasyarakatan
- Aspek Patriotisme & Kemerdekaan
- Aspek Teknologi Maklumat & Komunikasi
- Aspek Kesihatan, Keceriaan & Kebersihan
Sesi Penilaian ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohamad Bin Haji Alamin ADUN N.23 Bongawan, merangkap Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah. Sebagai tanda menyambut kehadiran YB Datuk Mohamad Bin Hj Alamin dan para hakim yang terlibat dalam Sesi Penilaian ini, pihak VVIP telah disajikan dengan pukulan bunyi alat muzik tradisional iaitu kompang dan Kuling Tangan diiringi dengan persembahan pencak silat sebelum masuk ke dalam dewan.
Antara aturcara yang disediakan semasa berada di dalam dewan sebelum sesi penilaian dijalankan adalah seperti persembahan lagu tema Kampung Biau Bongawan yang telah dihasilkan oleh penduduk Kampung Biau ini sendiri iaitu En. Abd Kiplif Bin Tahir@Lobo. Lagu yang disampaikan ini adalah dalam Bahasa Brunei. Selepas itu, adalah Ucapan alu-aluan daripada Tuan haji Mustapha Bin Segap (Pengerusi JKKK/GDW Kg.Biau Bongawan), Seterusnya ucapan disampaikan oleh Ketua Hakim Panel hakim-hakim yang menghakimi 7 aspek yang dinilai. Selepas ucapan disampaikan oleh Ketua Hakim, giliran YB Datuk Mohamad Bin Hj Alamin pula berucap.
Sesi Penilaian dimulakan dengan tayangan Video Korporat yang merangkumi semua aspek yang dinilai oleh panel hakim. Bagi Aspek Teknologi Maklumat & Komunikasi telah diwakili oleh Staff PI1M iaitu Pengurus & Penolong Pengurus PI1M Kg.Biau Bongawan yang telah dipilih oleh JKKK Kg.Biau Bongawan iaitu Tuan Haji Musatpha Bin Segap.
Selesai tayangan Video Korporat, panel hakim telah bertemu muka dengan semua biro-biro aspek yang dinilai di tempat-tempat yang telah disediakan oleh Ketua Biro-Biro Aspek masing-masing. Bagi Biro Aspek Teknologi Maklumat & Komunikasi sesi penilaian telah diadakan di PI1M Kg.Biau Bongawan.
Sambutan tetamu kehormat serta barisan panel hakim ADS1M
Persembahan alat muzik tradisional - kulintangan
Persembahan pencak silat
Persembahan lagu tema kampung diiringi petikan gambus
Sesi bergambar beramai-ramai di Pantai Kenangan Bongawan sempena ADS1M Peringkat Negeri Sabah 2015
Barisan AJK Pelaksana ADS1M Peringkat Negeri Sabah 2015
Wednesday, 7 October 2015
Pertandingan Bola Sepak
Pertandingan bola sepak di antara pasukan bola wanita Kampung Biau Bongawan bersama pelancong dari Denmark pada 6 Oktober 2015.
Semarak Aidilfitri Komuniti 1 Malaysia Peringkat Daerah Papar 2015
Program Semarak Komuniti 1 Malaysia Peringkat Daerah Papar 2015 telah diadakan pada 1 Ogos 2015 bertempat di perkarangan rumah YB ADUN N21 Kawang, Kg Santing Pengalat Besar.
Program ini bermula dari jam 8.00pagi sehingga jam 11.00 malam.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada pengunjung yang hadir.
Program ini bermula dari jam 8.00pagi sehingga jam 11.00 malam.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada pengunjung yang hadir.
Tuesday, 6 October 2015
Gotong royong mengecat dewan
Satu aktiviti gotong royong untuk mengecat dewan telah diadakan pada 3 Oktober 2015. Bangunan dewan Kampung Biau dicat semula untuk menceriakan kembali suasana dewan yang suram serta sebagai persediaan untuk sesi penilaian Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia(ADS1M) peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada 9 Oktober 2015.
Thursday, 1 October 2015
PERUSAHAAN JERUK IKAN
Ma Kalas atau sebelum ini dikenali dengan nama Mama Enterprise merupakan pengusaha jeruk ikan yang terdapat di Kampung Biau Bongawan.
Perniagaan ini pada mulanya diusahakan secara kecil-kecilan dan pasaran terhad di kawasan yang berhampiran sahaja.
Bagaimanapun, seiring dengan perkembangan teknologi, perniagaan mereka semakin berkembang ke serata tempat. Perniagaan ini telah diteruskan oleh saudara Ramli Patera dan kemahiran beliau menggunakan aplikasi media sosial untuk mempromosikan produk beliau telah menampakkan hasil permintaan terhadap produk ini yang semakin meningkat.
Selain itu, beliau juga mempunyai agen di pasar-pasar sekitar Bongawan, Papar, Beaufort, Putatan dan Kota Kinabalu. Beliau juga aktif menyertai Ekspo Keusahawanan dan bengkel keusahawanan yang dianjurkan samada oleh agensi kerajaan mahupun swasta.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk ini, sila klik di sini https://www.facebook.com/ikanjerukgorengsedap?fref=ts
Pelancaran Merdeka Sehati Sejiwa
Sempena bulan kemerdekaan, GDW Kampung Biau telah mengadakan satu program Merdeka Sehati Sejiwa. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan penduduk Kampung Biau tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan untuk memeriahkan progran ini, antaranya ialah pertandingan perbarisan antara blok, pertandingan gasing, acara sukaneka dan pameran autoshow merdeka.
Manakala pada sebelah malam pula, majlis perasmian pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mohamad Bin Hj Alamin dan disusuli dengan pertandingan lagu patriotik setiap blok, penyampaian hadiah dan juga penyampaian replika cek kemenangan Anugerah Desa Sejahtera 2015 Peringkat Daerah Papar.

![]() |
| Basikal berhias |
![]() |
| Pameran motosikal berhias |
![]() |
| Kontinjen Blok Belubuh, GDW Kg Biau Bongawan |
![]() |
| Kontinjen Blok Silat, GDW Kg Biau Bongawan |
![]() |
| Kontinjen Blok Kandis Daham, GDW Kg Biau |
![]() |
| Kontinjen Blok Tanjong Piai, GDW Kg Biau |
![]() |
| Juri Perbarisan En Jefery Hosil,Pengerusi JKKK Kg Seri Serbang bersama En Ag Isa (Pegawai KEMAS )dan Tn Hj Mustapha Bin Segap,Pengerusi GDW & JKKK Kg Biau |
![]() |
| Pelepasan kontinjen berbasikal oleh EN Ag Isa |
![]() |
| Kontinjen Blok Silat, GDW Kg Biau |
![]() |
| Kontinjen Tabika KEMAS Kg Biau Bongawan |
![]() |
| Kontinjen Kelas KAFA Kg Biau |
![]() |
| Kontinjen Persatuan Belia Perintis Transformasi(PETRA) Kg Biau |
![]() |
| Pengacara program, En Wasli Ismail |
![]() |
| Penilaian perbarisan oleh juri, En Jefery Hosil Pengerusi JKKK Kg Seri Serbang, Bongawan |
![]() |
| Pendaftaran acara sukaneka |
![]() |
| Pertandingan gasing |
![]() |
| Pertandingan tiup belon kanak-kanak |
![]() |
| Ucapan perasmian oleh YB Mohamad Bin Alamin, ADUN N23 Bongawan |
![]() |
| Antara penduduk kampung yang menghadiri program pada sebelah malam |
![]() |
| Penyampaian replika cek kemenangan ADS 2015 Peringkat Daerah Papar |
![]() |
| Penyampaian hadiah pertandingan gasing |
Subscribe to:
Posts (Atom)