Perniagaan ini pada mulanya diusahakan secara kecil-kecilan dan pasaran terhad di kawasan yang berhampiran sahaja.
Bagaimanapun, seiring dengan perkembangan teknologi, perniagaan mereka semakin berkembang ke serata tempat. Perniagaan ini telah diteruskan oleh saudara Ramli Patera dan kemahiran beliau menggunakan aplikasi media sosial untuk mempromosikan produk beliau telah menampakkan hasil permintaan terhadap produk ini yang semakin meningkat.
Selain itu, beliau juga mempunyai agen di pasar-pasar sekitar Bongawan, Papar, Beaufort, Putatan dan Kota Kinabalu. Beliau juga aktif menyertai Ekspo Keusahawanan dan bengkel keusahawanan yang dianjurkan samada oleh agensi kerajaan mahupun swasta.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk ini, sila klik di sini https://www.facebook.com/ikanjerukgorengsedap?fref=ts








No comments:
Post a Comment