Tuesday, 13 October 2015

Penilaian ADS1M 2015 Peringkat Negeri Sabah

Rentetan daripada menjuarai Penilaian Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia(ADS1M) Peringkat Daerah Papar pada 15 Jun 2015, GDW Kg.Biau Bongawan telah terpilih sebagai salah satu kampung yang tersenarai untuk bertanding dalam Sesi Penilaian Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia Peringkat Negeri. Sebanyak 21 kampung yang terdapat di seluruh Negeri Sabah telah tersenarai dalam sesi penilaian ini.
    Pada 09.10.2015 bersamaan hariJumaat, Penilaian Anugerah Desa Sejahtera telah diadakan di Dewan Serbaguna Kg.Biau Bongawan bermula pada jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang yang mana Sesi Penilaian ini telah berakhir di Pantai Kenangan Bongawan. Sebanyak 7 Aspek dinilai antaranya:
  • Aspek Kepimpinan & Pentadbiran
  • Aspek Latihan & Pendidikan
  • Aspek keusahawanan & Ekonomi
  • Aspek Kerohanian & Kemasyarakatan
  • Aspek Patriotisme & Kemerdekaan
  • Aspek Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Aspek Kesihatan, Keceriaan & Kebersihan
    Sesi Penilaian ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohamad Bin Haji Alamin ADUN N.23 Bongawan, merangkap Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah. Sebagai tanda menyambut kehadiran YB Datuk Mohamad Bin Hj Alamin dan para  hakim yang terlibat dalam Sesi Penilaian ini, pihak VVIP telah disajikan dengan pukulan bunyi alat muzik tradisional iaitu kompang dan Kuling Tangan diiringi dengan persembahan pencak silat sebelum masuk ke dalam dewan.
    Antara aturcara yang disediakan semasa berada di dalam dewan sebelum sesi penilaian dijalankan adalah seperti persembahan lagu tema Kampung Biau Bongawan yang telah dihasilkan oleh penduduk Kampung Biau ini sendiri iaitu En. Abd Kiplif Bin Tahir@Lobo. Lagu yang disampaikan ini adalah dalam Bahasa Brunei. Selepas itu, adalah Ucapan alu-aluan daripada Tuan haji Mustapha Bin Segap (Pengerusi JKKK/GDW Kg.Biau Bongawan), Seterusnya ucapan disampaikan oleh Ketua Hakim Panel hakim-hakim yang menghakimi 7 aspek yang dinilai.  Selepas ucapan disampaikan oleh Ketua Hakim, giliran YB Datuk Mohamad Bin Hj Alamin pula berucap.
    Sesi Penilaian dimulakan dengan tayangan Video Korporat yang merangkumi semua aspek yang dinilai oleh panel hakim. Bagi Aspek Teknologi Maklumat & Komunikasi telah diwakili oleh Staff PI1M iaitu Pengurus & Penolong Pengurus PI1M Kg.Biau Bongawan yang telah dipilih oleh JKKK Kg.Biau Bongawan iaitu Tuan Haji Musatpha Bin Segap.
    Selesai tayangan Video Korporat, panel hakim telah bertemu muka dengan semua biro-biro aspek yang dinilai di tempat-tempat yang telah disediakan oleh Ketua Biro-Biro Aspek masing-masing. Bagi Biro Aspek Teknologi Maklumat & Komunikasi sesi penilaian telah diadakan di PI1M Kg.Biau Bongawan.

Sambutan tetamu kehormat serta barisan panel hakim ADS1M

Persembahan alat muzik tradisional - kulintangan

Persembahan pencak silat 


Persembahan lagu tema kampung diiringi petikan gambus


Sesi bergambar beramai-ramai di Pantai Kenangan Bongawan sempena ADS1M Peringkat Negeri Sabah 2015

Barisan AJK Pelaksana ADS1M Peringkat Negeri Sabah 2015 






No comments:

Post a Comment